Sunday 6 March 2011

harapan hampa yang tak berkesudahan..

pembaca sekelian perhatikan sejak sekian lam negara kita merdeka dan jawatan guru KEMAS diwujudkan untuk mengajar anak-anak kita sehingga telah menjadi seorang yang amat berguna kepada masyarakat dan bangsa ,namun di mana bekas-bekas guru yang selama ini telah mendidik mereka ada yang telah pencen ,meninggal dunia dan ada lagi yang akan menghabiskan sakibaki perjawatan mereka di KEMAS

sudah beberapa perdana menteri dan menteri yang berkaitan bersilih ganti namun nasib mereka tetap sam kontrak dan kontrak sehingga pencen...tidakkah menteri-menteri yang terlibat melakukkan sesuatu yang dapat mengubah nasib mereka apatah lagi setiap kali pilihanraya mereka akan berjuang berhabisan bagi memenangkan calon-calon  yang bertanding.alhamdulillah berjaya tetapi di mana mereka mereka dilupakan sebaliknya dibebankan dengan kerja yang bertimbun..apatah lagi dengan berbagai kerenah jabatan dan pegawai-pegawai yang menyelia mereka yang hanya tahu memberi arahan tanpa turun padang memahami masalah mereka ,tak kena aje mereka akan kena hentam tapi bila hendak digunakan faham-faham ajele...itulah nasib pegawai kontrak..

sekarang ramai di antara mereka yang telah menyambung pelajaran samada di universiti mahupun di maktab perguruan ,dan telah tamat belajar namun masih di takok lama lagi dengan gaji S11 walaupun berkelulusan S27dan seperkara lagi  kontraak.hai kesian sungguh dengan mereka.manakala guru baru  yang diambil pula tiada kelulusan pra sekolah tapi berbagai bidang yang tidak berkaitan dengan kanak-kanak prasekolah itulah yang menjadikan seperti cacamarba...tidak tahu hormat pegawai atasan kerana taraf mereka lebih tinggi...

jpa lakukkanlah sesuatu yang boleh membanggakan jabatan -jabatan lain yang melihat kecelruan di dalam KEMAS..ceupac pula senyap aje di mana perjuangan mu membela nasib pekerja..fikirkan dan perhatikan lah....banyak lagi yang akan saya suarakan di dalam blog in...sekian wassalam..